Showing posts with label tanahairku. Show all posts
Showing posts with label tanahairku. Show all posts

Thursday, June 7, 2012

Apa ertinya saya menganut Islam

Salam wbt,

Ini cuma 'post it notes' dari yang saya baca, beserta dengan komentar2 yg terlintas difikiran ketika membaca buku karangan Fathi Yakan.

Mukasurat 173, perenggan ke 1 dan 2, dalam subtopik 2.Jalan Menuju Matlamat yang jelas dalam bab 6. Saya mesti memahami tentang pemusatan Amal Islami:

"Sebagaimana pentingnya memahami matlamat yang jelas, kita juga mestilah memahami bahawa beramal untuk Islam bererti beramal atau bekerja untuk melaksanakan Syariat Allah di atas muka bumi ini dengan menggantikan tempat undang-undang hawa nafsu dan Taghut sekarang ini dengan Syariat Allah kerana manhaj (sistem) dan Syariat Allah itu telah sempurna, tidak perlu tokok tambah lagi. Di dalamnya terdapat aqidah yang agung, akhlaq yang mulia, sistem perundangan yang luas, mendalam serta mempunyai sifat keanjalan (yang sesuai untuk semua masa dan tempat).
Berdasarkan kefahaman ini maka jangka masa dan sejauh mana kita boleh hidup bersama dengan sistem jahiliah itu perlu ditentukan berdasarkan kekuatan dan kemampuan sebagai satu proses pemberontakan terhadapnya kerana yang menjadi matlamat penentangan ini ialah untuk menggantikan jahiliyah itu dengan Islam. Oleh yang demikian setiap amal atau kerja yang tidak dapat menolong tercapainya matlamat ini atau tidak memberi apa-apa saham ke arah tercapainya cita-cita tersebut adalah dianggap sebagai kerja yang lebih banyak mendatangkan kelalaian dan kebaikan."..."

ok...ada faham?
seterusnya...
TADA!
pernah nampak grafik di atas?

mungkin ada sebahagian orang yang akan berkecil hati melihat poster ini...dan ternyata ada, bila lihat pada komen2 ditepi tu (klik le kalo nk baca melalui paparan yg lebih jelas). memang berjaya lah poster ni dari segi menarik minat orang  melalui kontrovesi Bersih kt Msia ni (commercialisation)...tapi mintak maaf la bang, 'graphically' speaking, dah salah eja... yg tanda 'right' tu suppose to be huruf (i). so better letak Qiam ke... (hohoho..abaikan)

 Wallahu a'lam apa niat mereka...tp dengan merujuk perenggan di atas, petikan dari buku Fathi Yakan itu..."ditentukan berdasarkan kekuatan dan kemampuan"   ... selagi mana masjid2 tak penuh di waktu Subuh sebagaimana penuhnya perhimpunan Bersih itu hari...makanya, kita belum cukup KUAT untuk MEMBERONTAK terhadap sistem jahiliah (sekular, korupsi, dsbginya).

so, jom subuh....2.0 rakaat shj. yg laki2 tu, sekiranya anda macho dan 'manly', sila ke masjid utk berjemaah

sekiranya anda tidak faham atau marah dengan kenyataan di atas, sila pergi ke kedai buku yang menjual buku-buku Islami... cari buku dengan maklumat spt dibawah, dan baca sampai habis....

Tajuk: "Apa ertinya Saya menganut Islam", 
Penulis: Fathi Yakan, 
Penerbit: Dewan Pustaka Fajar
ISBN: 967-83-0069-9

bagi yg kt JB, bleh cari kat Badan Cemerlang, Angsana level 3 alang-alang dah pegi situ cuci mata tgk baju2 yg cantik tu...

ni yg terlintas difikiran dan mengikut ilmu cetek yg Allah beri kepada saya, 


btw, harap2 sistem undi dan sistem kerajaan menjadi lebih bersih  lah selepas ini...dimulakan dengan mem'bersih'kan budaya minum pagi...hang pi kerje nak kerje ke nak minum? nk cari buku kt library pon susah, sbb beberapa librarian pg 'minum pagi' smpi hampir tengahari... xde air disediakan utk librarian kah? kesian....

ok, i nak sambung baca buku dulu..

Monday, February 15, 2010

updates: tanah airku tanah airmu

ditgh kesibukan menyambut kedatangan adik2 jr 1st yr 2010, smpat juga nk baca berita sambil tunggu render siap kt uni...

“Saya tidak faham mengapa ada pihak yang menggelarkan saya rasis hanya disebabkan memperjuangkan hak orang Melayu.
“Kenapa pertubuhan lain yang begitu lantang memperjuangkan nasib kaum masing-masing tidak pula digelar rasis,” ujarnya.
ini namanya 'paku dulang paku serpih' ataupun dgn kasarnya 'menjilat ludah sendiri' :(
Jelasnya, beliau tidak begitu menghiraukan pandangan segelintir pihak yang tidak menyukai tindakannya memperjuangkan nasib dan hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

ada berapa faktor mngapa org xsuka tindakan Datuk Ibrahim Ali:
1. ramai rakyat Msia lupa sejarah (tak tahu sejarah)
2. org melayu sendiri pon xrasa mcm tuan tanah (Malaysia dlm gugusan kepulauan melayu; filipin, indonesia...tp ramai tak tahu)
3. kepentingan diri sendiri/kaum sendiri
4. ketuanan melayu bnyk disalah gunakan, kaum lain xpuas hati sbb mrk pon da bkerja keras bangkitkan ekonomi dsbgnya, cth: org cina ckp org melayu malas, mentang2 dpt masuk uni byr murah, guna cable etc  - benar2 belaku...tp xsemua mcm tu...


marilah sama2 belajar sejarah, fahami sejarah...

rasa kelakar bila baca banner yg PERKASA buat - i like!
for pic n  more